Raja Petra Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Menghasut - Semasa | mStar

Raja Petra Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Menghasut

PETALING JAYA: Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin Rabu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerbitkan kata-kata hasutan di laman web kerana polis masih gagal mengesan beliau.

Hakim Rozina Ayub yang membuat keputusan itu berkata perkara ini amat memalukan semua pihak sehingga menyebabkan kes itu terpaksa dilepaskan kerana pihak pendakwaan gagal menyerahkan waran tangkap yang menyebabkan kes itu tergantung dan masih tiada penghujung.

"Kes ini tidak dapat diteruskan, terlalu sayang, kerana pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi pendakwaan," kata Rozina.

Mahkamah hanya melepaskan tertuduh buat sementara waktu tetapi masih mengarahkan agar notis tunjuk sebab disempurnakan dan diserahkan kepada isteri penulis blog itu, Marina Lee, selaku penjamin.

"Penjamin dalam kes ini iaitu isterinya perlu datang ke mahkamah untuk memberikan sebab mengapa ketidakhadiran tertuduh dalam kes ini, jika tidak wang jaminan akan dirampas oleh mahkamah," kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, memberitahu mahkamah pihak polis masih gagal mengesan penulis blog itu sehingga Rabu.

Sebelum ini penangguhan telah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 22 Mei, 17 Julai dan 12 Oktober.

Pada 6 Mei 2008, Raja Petra, 60, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berhubung sebuah artikel dalam laman web www.malaysia-today.net pada 25 April 2008. BERNAMA

Artikel Sebelum

Presiden Indonesia Diberi Sambutan Rasmi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain