suria

Suspek bunuh berumur 80 tahun direman seminggu

ALOR SETAR: Suspek lelaki berusia 80 tahun yang didakwa membunuh isterinya berusia 73 tahun akan direman seminggu.

Polis memperolehi reman itu daripada Mahkamah Majistret di sini semalam untuk menahan suspek itu sehingga 16 November ini.

Ini bagi membantu siasatan polis dalam kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Suspek tersebut ditangkap selepas menikam abdomen mangsa di rumahnya di Kampung Kuala Sungai di sini, kira-kira 1 petang Isnin kerana gagal memujuknya agar tidak bercerai dengannya.

Mangsa mati di tempat kejadian sementara penduduk kampung menangkap suspek beberapa meter jauh dari rumah sebelum menyerahkannya kepada polis.

Pasangan itu berkahwin pada tahun lalu tetapi tinggal berasingan sejak dua bulan lalu selepas mangsa meminta bercerai dengan suspek.

Artikel Lain