suria

Mayat Jurujual Kereta Ditemui

KUANTAN: Mayat jurujual kereta yang lemas di kawasan perkelahan Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini Sabtu lepas ditemui tersangkut pada rimbunan pokok buluh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Rashimi Rahim, 32, yang berasal dari Felda Bukit Goh ditemui kirakira 11 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas.

"Operasi dan penyelamat yang disertai 12 orang anggota Rela dan penduduk kampung berjaya menemui mayat mangsa yang tersangkut pada rimbunan pokok buluh pada kirakira 3.30 petang ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. BERNAMA

Beliau berkata mayat mangsa yang separuh reput itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa. Sabtu lepas, mangsa bersama dua rakannya mandi di kawasan perkelahan itu sebelum dikatakan lemas dan hilang dibawa arus pada kirakira pukul 2 petang. BERNAMA

Artikel Lain