suria

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 1, 203 Orang

ALOR SETAR: Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah meningkat kepada 1,203 orang sehingga 12 tengah hari tadi berbanding 752 orang petang semalam.

Pokok Sena menjadi daerah terbaru yang dilanda banjir apabila 512 orang mangsa daripada 134 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir hari ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata bahawa di Kubang Pasu, bilangan mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 516 orang dan di Padang Terap 175 orang.

Katanya bacaan paras air di Sungai Bata di Kubang Pasu ialah 9.22 meter, melebihi para bahaya 9.15 meter. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain