Penjelasan Lembaga Disiplin MCA berhubung peletakan jawatan serentak - Semasa | mStar

Penjelasan Lembaga Disiplin MCA berhubung peletakan jawatan serentak

KUALA LUMPUR: Keputusan lima anggota Lembaga Disiplin MCA untuk meletakkan jawatan secara serentak pada 4 Nov tidak berkait dengan Pelan Perpaduan Besar MCA yang diumumkan baru-baru ini atau disebabkan penjelasan Pendaftar Pertubuhan (ROs) mengenai status Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bekas setiausaha lembaga itu Ivan Chen berkata keputusan untuk meletak jawatan semata-mata berdasarkan kepada prinsip anggota lembaga itu yang tidak tidak goyah.

"Ada yang tidak senang berhubung kelemahan dalam disiplin parti pada masa ini berikutan proses memandangkan majlis presiden MCA (PC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) boleh mengatasi keputusan lembaga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seperti yang termaktub di dalam perlembagaan parti, lembaga itu boleh mencadangkan tindakan disiplin ke atas anggota parti dan ia terpulang kepada PC dan CC untuk membuat keputusan muktamad.

Dalam kes Dr Chua, cadangan pemecatan telah ditukar kepada penggantungan empat tahun oleh CC.

"Para anggota lembaga itu juga menjelaskan bahawa kelemahan perlembagaan parti bukan merupakan kesalahan kepimpinan parti sekarang. Sebenarnya ia diwarisi daripada kekurangan daripada sistem itu, oleh itu, kecuali peruntukan berkaitan di dalam perlembagaan MCA dipinda, anggota lembaga itu berpendapat secara konsensus bahawa lembaga itu tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Chen, yang meletak jawatan bersama-sama dengan lima anggota lembaga itu, mengulangi kenyataan bahawa keputusan anggota itu meletak jawatan hanya menunjukkan bahawa standard kesaksamaan dan kebebasan mereka yang begitu tinggi.

"Walaupun saya bukan lagi secara rasmi anggota lembaga, sebagai bekas setiausaha yang menghadiri semua mesyuarat panel, saya memberi jaminan bahawa anggota lembaga itu telah melaksanakan tugas mereka dengan penuh profesional, integriti dan tiada unsur politik sepenuhnya dalam menjalankan tugas," katanya.

Chen berkata sementara ianya benar bahawa semua anggota lembaga disiplin telah meletak jawatan serentak pada 4 Nov, adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa ia berkaitan sama ada dengan pengumuman GUP atau penjelasan ROS mengenai status Dr Chua.

Untuk rekod, beliau berkata para anggota lembaga itu sebulat suara berazam untuk melepaskan pelantikan mereka pada 16 Okt pada mesyuarat kesembilan mereka, tetapi mereka juga memutuskan untuk membiarkannya kepada pengerusi lembaga itu Ng Cheng Kiat untuk memutuskan tarikh mengemukakan surat peletakan jawatan kerana keadaan parti masih kacau bilau berikutan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt.

"Semua anggota lembaga berpendapat bahawa jika surat peletakan jawatan itu dikemukakan pada 16 Okt, ia hanya umpama mencurah minyak ke api.

Oleh itu, adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa anggota lembaga berhenti kerana keputusan ROS bagi menempatkan semula Dr Chua sebagai timbalan presiden atau kerana GUP yang tidak pun dimaklumkan kepada lembaga itu pada 16 Okt," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain