suria

Hadi Tidak Akan Letak Jawatan Presiden Pas

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun dikritik hebat dan didesak berbuat demikian.

"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti dan ia adalah amanah...saya tidak akan membuang baju amanah ini," katanya semasa menggulung hujah pada Seminar Khas Memperkasakan Parti PAS di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini.

Beliau berkata sebagai pemimpin, seseorang itu perlu bersikap profesional dan menerima sebarang kritikan dengan hati terbuka walaupun ia pedih.

"Pemimpin PAS ibarat pemain bola dan kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

"Walaupun ada teguran yang keras...suruh pecat kapten, buang pengurus dan pemain, tapi kita belum habis separuh masa pertama...kita pemain profesional, bukannya pemain kampung," katanya.

Artikel Berikut

Banjir Mula Melanda Kelantan

Artikel Lain