Hadi tidak akan lepaskan jawatan Presiden PAS - Semasa | mStar

Hadi tidak akan lepaskan jawatan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan daripada beberapa pihak agar beliau berbuat demikian.

Katanya, sebagai pemimpin yang dipilih secara sah, beliau tidak akan sekali-kali meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk memimpin PAS.

"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.

"Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini," katanya sewaktu berucap pada sesi penggulungan Seminar Memperkasakan Parti di Markas Tarbiyah Pusat parti itu di Taman Melewar di sini hari ini.

Tambah Abdul Hadi lagi, setiap pemimpin haruslah sentiasa bersikap profesional dan sedia menerima kritikan dengan hati terbuka walaupun teguran itu memedihkan.

"Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.

"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.

"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas seminar itu berakhir, Abdul Hadi berkata sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir dari seluruh negara menambahkan lagi keyakinannya untuk berkhidmat kepada parti.

"Kita akan terus memikul tanggungjawab yang sepenuhnya, hari ini kita mendapat kepercayaan daripada perwakilan yang datang dari seluruh negara, ini menambahkan lagi keyakinan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hadi Tidak Akan Letak Jawatan Presiden Pas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain