Polis tembak mati dua penjenayah di Melaka - Semasa | mStar

Polis tembak mati dua penjenayah di Melaka

MELAKA: Dua lelaki dipercayai anggota "Kumpulan Kendong" yang disyaki sedang merancang melakukan rompakan ditembak mati di Lebuh Sungai Udang-Ayer Keroh-Selandar di kampung Bertam Ulu di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mereka dikenali sebagai Edie Ramlan Ramli, 44, berasal dari Ulu Kinta, Perak dan Jamil Hud, 41, dari Chenor, Pahang.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah malam apabila empat anggota polis dalam sebuah kereta peronda yang membuat rondaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja yang mencurigakan.

Anggota polis terbabit mengarahkan kereta itu berhenti tetapi kereta itu melanggar kereta peronda polis menyebabkan kedua-duanya terbabas ke bahu jalan.

"Penjenayah itu melepaskan satu das tembakan ke arah polis dan anggota kami terpaksa membalasnya bagi mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Salehhudin berkata polis menemui sepucuk pistol jenis Smith and Wesson, dua butir peluru dan tiga kelongsong peluru, parang panjang serta peralatan memecah rumah dalam kereta yang dinaiki dua lelaki terbabit.

"Kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod rekod jenayah di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kereta Proton Waja yang digunakan lelaki terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilapor dicuri di Subang Jaya, Selangor September lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saya Tetap Terima Liow, kata Tee Keat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa