suria

Tuanku Muhriz pengerusikan Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja bermula semalam dengan dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.

Kelantan diwakili Pemangku Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim Ibni Tunku Ibrahim Ismail.

Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Mereka masing-masing diiringi menteri besar dan ketua menteri kecuali Negeri Sembilan yang diwakili Datuk Muhammad Razi Kail, yang dilantik sebagai penasihat sementara Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ini. BERNAMA

Artikel Lain