suria

Tiga lelaki bersenjatakan pistol rompak van keselamatan

PULAU PINANG: Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM200,000 daripada sebuah van keselamatan di Gelugor di sini hari ini, kata polis.

Kejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi ketika van berkenaan berada di belakang bangunan syarikat keselamatan terbabit untuk mengisi wang sebelum menghantarnya ke beberapa bank di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata tiga lelaki terbabit turut menggarahkan pemandu yang ketika itu berada di dalam van keluar dari van itu, dan menggarinya di belakang van berkenaan.

"Selain merompak wang sebanyak RM200,000, tiga perompak terbabit turut melarikan sepucuk pistol dan revolver milik syarikat keselamatan berkenan yang berada dalam van itu," katanya.

Azam berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu mempunyai kaitan dengan orang dalam. BERNAMA

Artikel Lain