suria

PM kata tidak ada kesalahan yang akan ditutup dalam kes PKFZ

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan menyembunyikan apa-apa fakta dalam siasatan ke atas skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Malah katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dipertanggungjawabkan mempengerusi satu mesyuarat jawatankuasa khas semalam untuk mengkaji semua cadangan dan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

Najib berkata demikian sebagai mengulas laporan yang diterbitkan oleh PAC hari ini berhubung siasatannya ke atas skandal PKFZ.

“Tidak ada satu pun dapatan daripada hasil siasatan PAC yang akan kita sembunyikan. Segala-galanya akan kita pertimbangkan mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia,” kata Najib semalam.

Di dalam laporannya, PAC telah mencadangkan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Paduka OC Phang atas kesalahan pecah amanah.

Artikel Lain