suria

Pemandu AADK ditahan kerana disyaki miliki syabu

KUCHING: Seorang pemandu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak hari ini ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap polis, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Rubber di sini kira-kira 4.30 petang.

"Polis merampas beberapa tiub straw yang mengandungi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis syabu daripada lelaki itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Lain