suria

Dua warga China ditahan proses dadah sintetik

SHAH ALAM: Dua warga China diberkas di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, dua hari lepas kerana disyaki memproses dadah sintetik secara kecil-kecilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir memberitahu sidang akhbar di sini hari ini dalam serbuan pada 5.15 petang itu, polis menemui beberapa plastik disyaki berisi syabu seberat lapan gram, sembilan pil khayal Ecstacy, peralatan dan bahan memproses dadah dalam rumah sewa itu.

Mereka yang ditahan itu terdiri seorang wanita berusia 47 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan, dan seorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh.

"Mereka disyaki melakukan kegiatan itu selama enam bulan," katanya.

Dalam kes lain, polis menahan dua lelaki rakyat tempatan di sebuah rumah di Bandar Puteri Puchong semalam, kerana disyaki mengedar dadah.

Semasa serbuan di rumah itu, polis menemui pelbagai jenis dadah dan pil khayal bernilai RM19,500. BERNAMA

Artikel Lain