suria

Bekas MB Perlis buat laporan polis berhubung isu Dr Asri

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kangar dekat sini, hari ini. Shahidan membuat laporan polis berhubung memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kenyataan Penolong Pengarah Instituti Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al Ghani mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar terhadap bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.-- fotoBERNAMA

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membuat laporan polis berhubung memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kenyataan seorang pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Shahidan membuat laporan itu di Balai Polis Kangar pada Rabu.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang itu mendakwa memorandum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong itu telah menjejaskan nama baik Negeri Perlis.

Memorandum bertarikh 12 Oktober itu antara lain menyebut pendekatan ekstrem Dr Mohd Asri telah mengundang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh negara khususnya di Perlis dan menjadi punca kepada beberapa kejadian pergaduhan.

Penolong Pengarah ILIM, Zamihan Mat Zain Al Ghani pula dalam kenyataannya semalam mendakwa Dr Mohd Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah daripada Universiti Jordan.

Shahidan berkata, beliau membuat laporan itu kerana pelantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis dilakukan ketika beliau menjadi Menteri Besar Perlis.

Artikel Sebelum

Artikel Lain