Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM38,000 - Semasa | mStar

Polis tahan "Inspektor" Bukit Aman tipu wanita RM38,000

KOTA BAHARU: Polis Kelantan menahan seorang lelaki menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari cawangan Jenayah Bukit Aman kerana disyaki menipu RM38,000 daripada seorang wanita, yang meminta bantuan bagi pembebasan suaminya setelah ditahan mengikut Akta Racun 1952.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan Supt Hamzah Alias berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 12 tengahari, 29 Oktober lepas sebaik menerima laporan dari mangsa.

"Lelaki yang berasal dari sini, kini direman bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuat di Tanah Merah pada hari yang sama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Hamzah sebelum itu pihaknya menerima laporan, lelaki terbabit dikatakan meminta wang dari mangsa bagi menyelesaikan kes suami mangsa di luar mahkamah kerana memiliki ubat-ubatan beracun.

Bagaimanapun, katanya setelah semua wang dimasukkan ke lapan akaun milik rakanrakan suspek namun kes itu tidak dapat diselesaikan, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan ke Ibu Pejabat Daerah Polis Tanah Merah.

"Mangsa membuat lapan pembayaran sejak 9 Sept hingga 17 Okt lepas melalui lapan akaun yang diberi kepada mangsa berjumlah RM38,000," katanya.

Beliau berkata suspek kini direman bagi membantu siasatan dan jika cukup bukti lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Manakala suami mangsa yang dipercayai pengedar ubat disiasat mengikut Akta Racun 1952, kerana memiliki ubat-ubatan beracun di rumahnya di Tanah Merah pada Ogos lalu.

Pemilik-pemilik akaun berkenaan tidak dikenakan tindakan kerana mereka tidak mengetahui tujuan suspek meminta nombor akaun mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis tahan empat lelaki disyaki perompak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain