suria

Pembantu khas exco Selangor dituduh guna invois palsu

SHAH ALAM: Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.

Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.

Wong, 51, juga mengaku tidak bersalah melakukan pecah amanah berhubung sekeping cek bernilai RM5,000. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain