suria

Kerajaan nafi pertimbang pemberian AP untuk enam syarikat

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan sedang mempertimbangkan untuk memberikan pemberian AP kenderaan francais terbuka untuk enam syarikat baru.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pemberian AP francais terbuka bagi syarikat baru adalah tindakan yang tidak wajar, memandangkan peruntukan untuk pemberian itu akan dimansuhkan pada 2015.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAPBukit Bintang) yang bertanyakan sama ada benar kementerian akan meluluskan pemberian AP francais terbuka kepada enam syarikat baru.

Mukhriz menjelaskan bahawa setakat ini 98 syarikat sahaja diberi francais terbuka, walaupun pada suatu ketika dulu ada lebih 200 syarikat, tetapi 156 syarikat telah dibatalkan peruntukan AP mereka kerana tidak memenuhi syarat-syarat.

"Bagaimanpun sekarang tiada pertimbangan baru, kerana seperti yang dimaklumkan AP akan dimansuh 2015, jadi tak wajar AP terbuka diberi pada syarikat-syarikat baru," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fong juga bertanyakan sebab-sebab kerajaan tidak menjalankan konsep tender terbuka untuk perniagaan kereta import, di mana kerajaan boleh memperoleh hasil RM2.5 bilion setahun berbanding RM30 juta sahaja melalui pembayaran RM10,000 bagi setiap pemegang AP.

Mukhriz berkata kerajaan memutuskan kaedah tersebut kerana ia menepati perjanjian yang ditandatangani kerajaan di peringkat antarabangsa.

"Oleh sebab itu kita lihat, tak perlulah kita guna kaedah-kaedah yang lain. Yakinlah setiap kutipan levi akhirnya akan menguntungkan rakyat secara keseluruhan," katanya.

Menjawab soalan asal Datuk Ismail Kasim (BNArau), beliau berkata kementerian telah melaksanakan audit terhadap semua pemegang AP bagi memastikan semua syarikat mematuhi syarat-syarat kelulusan yang ditetapkan.

Ismail meminta kerajaan menyatakan tindakannya berhubung isu pemberian AP kenderaan kepada pihak yang tidak mempunyai ruang pameran.

Muhkriz berkata hasil audit tersebut antara lain mendapati masih terdapat kelemahan daripada segi pengurusan pentadbiran dan dokumentasi bagi sebilangan pemegang AP terbuka.

"Bagaimanapun, hasil audit juga mendapati pemegangpemegang AP mempunyai ruang pameran dan lima syarikat telah berjaya mempelbagaikan aktiviti dalam sektor automotif seperti pemasangan kereta dan motosikal.

"Kebanyakan pemegangpemegang AP terbuka juga turut menjadi wakil pengedar kenderaankendearaan baru seperti jenama Honda, Toyota, BMW, MercedesBenz, Proton dan Perodua," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain