suria

Cerun runtuh di Jalan Rawang-Selayang

RAWANG: Jalan persekutuan di Bukit Kanching KM12 antara Rawang dan Selayang yang ditutup kepada semua lalu lintas akibat cerun runtuh awal pagi ini, kini dibuka untuk laluan sehala ke Rawang.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor berkata jalan itu dijangka beroperasi seperti biasa pada pukul 7 pagi esok sekiranya tidak berlaku kejadian susulan dan hujan.

Sehingga 4 petang, kelihatan pekerja dari Jabatan Kerja Raya dan syarikat kontraktor swasta bersamasama 14 lori, dua jengkaut dan dua jentolak sudah membersihkan lebih hampir setengah daripada kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada orang atau kenderaan tertimbus dalam insiden yang berlaku pada pukul 2.45 pagi sehingga mengakibatkan lebih 80,000 pengguna jalan itu terkandas.

"Kita telah melakukan tiga kali pengesanan dengan menggunakan enam anjing pengesan dan sehingga petang ini tidak menunjukkan tandatanda ada mangsa atau kenderaan tertimbus, bagaimanapun pemantauan di cerun runtuh ini akan diteruskan," kata Penguasa Bahagian Operasi Bomba Selangor Ramli Yusoff kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain