Anggota Parlimen antara 5 akan didakwa hari ini atas tuduhan rasuah & cubaan menipu - Semasa | mStar

Anggota Parlimen antara 5 akan didakwa hari ini atas tuduhan rasuah & cubaan menipu

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, adalah di antara lima orang yang akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari ini (Selasa) atas dakwaan rasuah dan percubaan menipu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Anggota Parlimen itu bersama pembantunya serta seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor bersama dua lagi, iaitu seorang pembantu khas Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan seorang pengarah syarikat akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan rasuah dan menipu, menurut SPRM dalam satu kenyataan di sini, petang Isnin.

SPRM berkata, Anggota Parlimen itu dan pembantunya ditahan oleh SPRM Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 iaitu mengemukakan invois-invois yang "mengandungi butiran palsu" semasa beliau menjadi ADUN Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Pembantunya pula ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN itu dalam membuat tuntutan bagi program yang sama, menurut kenyataan SPRM lagi.

SPRM Selangor turut menangkap seorang bekas pegawai Menteri Besar Selangor hari ini atas kesalahan mengikut Kanun Keseksaan iaitu kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan dengan melibatkan nilai sebanyak RM50,000. Menurut kenyataan SPRM lagi, pembantu khas Exco Selangor pula akan dituduh mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengemukakan invois mengandungi butiran palsu, yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan 2008 yang mana ianya tidak dibekalkan.

Beliau juga akan dituduh atas dua kesalahan pecah jenayah amanah mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pengarah syarikat itu akan dituduh di atas kesalahan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 kerana mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran palsu kepada Pejabat Daerah Hulu Langat bagi membekalkan barangan dan keperluan bagi program-program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Selangor pada tahun lepas sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa