suria

Kepala bayi berulat dijumpai dalam timbunan sampah

KUALA TERENGGANU: Kepala bayi tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di Kampung Banggol Permaisuri, Setiu hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Mohd Fuzi Abduri berkata kepala bayi itu ditemui pada kirakira pukul 1 pagi oleh seorang penduduk kampung yang ingin membuang sampah di tempat pembuangan sampah itu.

"Badan bayi yang dipercayai dibuang di situ sejak seminggu lepas, dipercayai telah dimakan binatang buas," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan seorang surirumah berumur 41 tahun pada pukul 3.30 pagi ini bagi membantu sisatan kes itu.

Mohd Fuzi berkata siasatan awal polis mendapati wanita yang ditahan itu baru rujuk dengan bekas suaminya kira-kira sebulan lepas. BERNAMA

Artikel Lain