suria

Jamil Khir gesa JAIS beri keterangan isu penahanan Dr Asri

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika ditemubual oleh para wartawan selepas berbincang dengan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika ditemubual oleh para wartawan selepas berbincang dengan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika ditemubual oleh para wartawan selepas berbincang dengan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberikan keterangan berhubung isu penangkapan dan tuduhan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau juga memaklumkan yang Kerajaan negeri Selangor juga perlu mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

"JAIS perlu ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dilakukan. Saya rasa JAIS perlu mengambil penyelesaian yang sewajarnya dengan tangkapan dan dakwaan yang dibuat.

"Mereka minta Dr Asri datang awal pagi tadi tetapi sampai tengah hari beliau tunggu baru sampai.

"Hal seperti ini tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya pihak negeri Selangor juga perlu menyelesaikan masalah ini," katanya selepas bertemu dengan Mohd Asri di Hotel Putra, hari ini.

Beliau juga bertanyakan tentang perkembangan sebenar di sebalik tangkapan yang berlaku.

Berhubung dengan saman yang dikeluarkan oleh pihak polis semalam, Jamil menjawab:

"Saya tidak pasti apa keterangan yang diminta oleh JAIS tetapi mereka perlu jelaskan tentang hal itu," tambahnya lagi.

Sementara itu, Mohd Asri berkata hasil perbincangan itu, dia menyokong pendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang ditangkap berhubung isu memberi ceramah tanpa tauliah.

"PM pun tak puas hati sebab ramai lagi yang memberikan ceramah, tetapi saya seorang sahaja yang kena," ujarnya.

Asri juga menambah, "Ini merupakan satu titik tolak di mana kerajaan perlu memberikan kebebasan untuk bersuara.

"Jangan terlalu banyak akta yang menghalang seseorang itu untuk sampaikan ceramah.

"Kalau saya memberi ceramah di 14 buah negeri, takkan saya nak dapatkan tauliah di setiap negeri?

"Mungkin kita boleh minta pejuang hak asasi untuk kemukakan soal ini bagi mendapatkan kelayakan itu," katanya yang turut menghargai sokongan daripada PM, ahli-ahli parlimen, para NGO, semua badan guaman, tokoh-tokoh termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad.

Artikel Lain