3 pelajar UTAR pula hilang di kawasan perkelahan Batu Berangkai Kampar - Semasa | mStar

3 pelajar UTAR pula hilang di kawasan perkelahan Batu Berangkai Kampar

IPOH: Belum pun reda kes kematian tiga orang murid sekolah rendah yang lemas di Sungai Kampar ekoran jambatan gantung yang mereka seberangi runtuh, hari ini, pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus melancarkan gerakan mencari tiga pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang hilang ketika mandi di kawasan perkelahan Batu Berangkai,Kampar dekat sini.

Pasukan Mencari dan Menyelamat telah melancarkan gerakan mencari selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang tadi. Ketiga-tiga mereka yang masih belum ditemui itu dikenali sebagai James Wan Kai Khor, 20, dari Pulau Pinang; Yew Ghin Chnieh, 20, juga dari P.Pinang dan Yew Shy Gin, 19, dari Kedah, kata Datuk Dr Mah Hang Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Konsumer, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak.

Dr Mah juga memaklumkan, beliau sendiri telah menemui dan bercakap dengan saksi kejadian itu yang juga merupakan pelajar UTAR yang memberitahunya mereka berempat telah ke kawasan perkelahan itu pada jam 5 petang Ahad untuk mandi-manda.

Kata Dr Mah, pelajar yang terselamat itu menceritakan kepadanya bahawa ketiga-tiga mangsa terlebih dahulu masuk ke dalam jeram berkenaan dan sebaik sahaja pelajar yang terselamat itu baru hendak masuk ke dalam kawasan air tiba-tiba arus deras menghanyutkan tiga kawannya itu.

"Dia (pelajar yang terselamat) juga turut ditolak arus yang deras dan mengalami luka kecil. Dan pelajar itu bernasib baik kerana ada orang yang segera menyelamatkannya dan terus membawanya ke Balai Polis Kampar untuk membuat laporan," ujar Dr Mah.

Katanya lagi, pelajar yang terselamat itu berusia 22 tahun dan merupakan pelajar tahun dua perakaunan dan berasal dari Kuala Lumpur.Dia enggan dikenali dan masih lagi dalam keadaan terkejut.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 10.02 malam Ahad, ketiga-tiga mangsa masih belum ditemui dan usaha-usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa tempatan dengan bantuan orang-ramai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

35 anggota JAIS serbu ceramah Dr Asri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain