suria

Penjual air tebu didakwa bunuh pembantu rumah Indonesia, Mantik

Penjual Air Tebu A.Murugan, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia. Dia didakwa membunuh Mantik Bani di No.11, Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 Oktober dan 20 Oktober lepas. Murugan tidak diwakili peguam dan tiada pengakuan direkodkan.-Foto THE STAR Oleh: K.K. SHAM.

KLANG: Seorang penjual air tebu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia, Mantik Bani di rumahnya di Taman Sentosa di sini.

A.Murugan, 35, didakwa membunuh Muntik, 36, di No: 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 Okt dan 20 Oktober lepas.

Tiaga pengakuan direkodkan. Murugan tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup memohon mahkamah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan segera atas alasan kes itu menarik perhatian umum.

Majistret Afifah Mamat@Yusof membenarkan permohonan itu dan menetapkan 3 November ini untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mantik yang berasal dari Surabaya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, pada pukul 10 pagi, 26 Oktober lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain