suria

Pemandu bas Cityliner Kelantan mogok kecewa gaji dipotong

KOTA BAHARU: Kira-kira 110 pemandu bas Cityliner Kelantan Berhad yang beroperasi di negeri ini hari ini mogok membantah kegagalan pengurusan memperjelas sebab-sebab gaji mereka dipotong sebanyak RM100 sebulan.

Wakil pemandu terbabit, Zulkifli Ismail berkata pihak pengurusan juga dikatakan tidak mengeluarkan slip gaji sejak Julai lepas bagi membolehkan pihaknya mengetahui sebab-sebab gaji dipotong.

"Tindakan itu telah menimbulkan keraguan pemandu, kita ingin tahu kenapa gaji kami dipotong sebanyak RM100 sebulan," katanya ketika ditemui di sini.

Kira-kira 110 pemandu bas Cityliner Kelantan Berhad mengadakan mogok di semua stesen bas itu di Kelantan bermula antara 6 pagi dan berakhir 12.15 tengah hari menyebabkan beribu-ribu pengguna pengangkutan awam itu terkandas.

Timbalan Pengurus Besar syarikat itu, Hadli Hussin berkata, pihaknya meminta semua pemandu terbabit bersabar dan menunggu sehingga 4 November ini bagi mendapat penjelasan dari ibu pejabat.

"Semua urusan dibuat di Kuala Lumpur dan ibu pejabat sudah berjanji akan menghantar slip gaji selewat-lewatnya pada 4 November ini," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain