suria

Jemaah haji Malaysia selamat dari H1N1

SUNGAI PETANI: Malaysia setakat ini belum menerima laporan mengenai kes jangkitan selesema babi atau Influenza A(H1N1) yang membabitkan jemaah haji negara ini di tanah suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata semua jemaah yang berada di Jeddah, Madinah dan Mekah dilaporkan berada dalam keadaan sihat untuk meneruskan ibadah haji.

"Kita yakin kerajaan Arab Saudi mampu mengawal penyebaran selesema babi, jadi semua waris jemaah dinasihatkan supaya tidak melayan khabar khabar angin mengenai wabak itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada orang kurang upaya (OKU), di sini Sabtu.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan terus berusaha untuk berbincang dengan kerajaan Arab Saudi bagi menambah kuota jemaah haji yang dibenarkan menunaikan haji setiap tahun.

"Seperti yang diputuskan dalam persidangan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam) sabelum ini, kuota sebanyak 26,000 jemaah diperuntukkan untuk Malaysia.

"Kerajaan Arab Saudi sendiri sedang berusaha menambah bangunan agar dapat menampung jemaah setiap tahun, yang kini mencapai hampir tiga juta orang," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain