suria

Jangan mudah percaya hasutan orang luar - Rosmah

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meminta masyarakat agar tidak mudah mempercayai pelbagai hasutan dan tohmahan negatif yang dilemparkan kepada negara.

Beliau berkata pihak yang menabur fitnah itu sanggup melakukan apa saja untuk memporak-perandakan perpaduan yang dikecapi negara sejak 52 tahun lepas.

"Hanya melalui keamanan dan perpaduan kita akan dapat menghindari daripada semua bentuk kekacauan dan keganasan yang akan menghancur-leburkan perpaduan yang telah kita bina sekian lama," kata Rosmah.

Berucap pada majlis Perayaan 1Malaysia anjuran Kelab Golongan Orang Kurang Upaya (KGKU) di sini pada Ahad, Rosmah berharap masyarakat akan memperbaharui tekad dan komitmen untuk terus bersatu-padu serta bersama-sama mengekalkan keharmonian negara.

"Adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk sama-sama memelihara keamanan dan keharmonian negara," katanya.

Pada majlis itu, lebih 5,000 orang hadir termasuk 20 penerima hamper terdiri daripada golongan kurang upaya, fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain