suria

Perompak bersenjata larikan barang kemas lebih RM100,000

KANGAR: Tiga perompak yang bersenjatakan senapang patah dan kapak melarikan barang kemas bernilai lebih RM100,000 dari sebuah kedai emas di pekan Simpang Empat dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perlis Datuk Jamshah Mustapa berkata kejadian berlaku pukul 1.20 tengah hari ketika tiada pelanggan dalam kedai itu.

Katanya kesemua perompak bertopeng itu berumur lingkungan 30 dan 40 tahun.

Salah seorang daripada perompak itu melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah ke udara sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta, kata Jamshah.

Katanya dalam kejadian itu, dua daripada perompak itu memasuki kedai dengan salah seorang daripadanya memecahkan cermin pameran barang kemas manakala seorang lagi perompak menunggu di dalam kereta jenis Proton Wira.

Mereka mengambil masa kira-kira dua minit untuk melakukan rompakan itu dan melarikan barang-barang kemas itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain