Nelayan pantai timur tidak boleh pohon lesen musim tengkujuh - Semasa | mStar

Nelayan pantai timur tidak boleh pohon lesen musim tengkujuh

PASIR PUTEH: Nelayan di negeri Pantai Timur yang memiliki lesen bot A (tradisional) boleh memohon lesen musim tengkujuh untuk menangkap ikan di kawasan perairan lebih dua batu nautika dari pantai secara bebas, mulai esok.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marim (PGM) Polis Marin Wilayah Timur, DSP Tan Cheng San, berkata sebelum ini mereka hanya dibenarkan menangkap ikan melebihi lima batu nautika dari pantai.

"Kebenaran itu diberikan sehingga tamat musim tengkujuh awal tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program gotong royong di Jeram Linang, di sini hari ini.

Seramai 60 anggota pelbagai pangkat menyertai program membersih sampah sarap yang membabitkan kawasan riadah pusat rekreasi berkenaan yang popular di kalangan penduduk Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun beliau berkata mereka yang menceroboh kawasan dua batu nautika dari pantai, akan diambil tindakan di bawah Akta Perikanan 1985, kerana kawasan itu hanya dikhaskan kepada nelayan kecil yang menggunakan sampan.

Tan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu termasuk pencerobohan nelayan asing yang dijangka mengambil kesempatan pada musim tengkujuh sebagaimana yang dilakukan pada setiap musim berkenaan.

Beliau berkata sebuah bot pantas RH21 yang mampu mengharungi ombak setinggi antara tiga hingga lima meter akan digunakan bagi menahan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan itu.

"Kita juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan rakyat Thailand di sempadan dengan menyeberangi Sungai Golok untuk menyeludup beras dan barangan keperluan lain secara bebas ketika paras air sungai itu melimpah tebing," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia