suria

Peguam dibunuh tiga perompak di rumahnya

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dibunuh di rumahnya di Jalan Batai, Bukit Damansara oleh tiga perompak yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Insiden itu dipercayai berlaku sekitar 4 pagi apabila M. Thiruchelraegaran, 75, dan isterinya sedang tidur.

Seorang suspek mengikat isteri mangsa sebelum mengurungnya dalam sebuah bilik.

Manakala seorang perompak lain mencekik peguam itu kerana gagal menuruti arahan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan insiden itu berlaku dan perompak berjaya melarikan barang-barang kemas isteri mangsa.

Peguam itu dipercayai mempunyai satu kes mahkamah tentang bankrupsi hari ini dan polis sedang menyiasat sama ada kes itu mempunyai kaitan dengan pembunuhannya.

Artikel Lain