Khalid tidak peduli jika Badrul melompat mana-mana parti - Semasa | mStar

Khalid tidak peduli jika Badrul melompat mana-mana parti

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam berkata beliau tidak peduli jika Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas atau melompat ke mana-mana parti.

"Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja," katanya ketika ditanya pandangan beliau jika Badrul memilih untuk menjadi seorang wakil rakyat Bebas di Selangor.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor, berkata demikian ketika ditenui para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini semalam.

Bagi PKR, ia hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya, kata beliau.

"Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke mana-mana tidak kira," katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain