Persetujuan dicapai bagi sokong pindaan Akta ISA, kata Hishammuddin - Semasa | mStar

Persetujuan dicapai bagi sokong pindaan Akta ISA, kata Hishammuddin

PUTRAJAYA: Majoriti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemegang kepentingan telah mencapai persetujuan untuk menyokong usaha kerajaan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata mereka mahu menumpukan kepada lima isu utama iaitu tempoh tahanan, hak dan layanan tahanan dan keluarga, kuasa menteri, persepsi kuasakuasa di bawah ISA digunakan untuk kepentingan politik dan tahanan tanpa perbicaraan.

"Kita tengok kalau isu itu dapat disenaraikan dan diperincikan supaya memudahkan pindaan kepada ISA," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dengan badan NGO dan Majlis Peguam.

Katanya semua pihak yang berkaitan turut bersetuju bahawa soal keselamatan negara perlu dipertahankan khususnya terhadap aktiviti militan dan pengganas.

Mengenai cadangan Majlis Peguam untuk memansuhkan Akta ISA dan ganti dengan akta baru, Hishammuddin berkata:

"Saya kata daripada mansuh dan bentangkan akta baru lebih baik lihat apa yang kita cadangkan dan kalau sekiranya ianya dapat memenuhi kehendak mereka dengan pindaan yang ada, apa isunya lagi?".

Katanya beliau yakin dapat membentangkan deraf pindaan akta itu untuk bacaan kali pertama semasa persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO), Biro Tata Negara, Kelab Penyokong Barisan Nasional dan Majlis Peguam dan Jabatan Peguam Negara. BERNAMA

Artikel Berikut

Pesawat terhempas berhampiran Lembah Beringin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain