Pelatih PLKN desak pihak pendakwaan failkan rayuan segera - Semasa | mStar

Pelatih PLKN desak pihak pendakwaan failkan rayuan segera

KUANTAN: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendakwa dirogol jurulatihnya pada 2004 mendesak agar pihak pendakwaan memfailkan segera rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Mangsa menerusi peguamnya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.

"Kami mendapat arahan dari anak guam kami (mangsa) untuk memohon dan mendesak Pendakwaraya Negeri Terengganu memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan memandangkan terdapat isuisu penting dan asas yang perlu diselesaikan oleh mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata selaku peguam pemerhati dalam perbicaraan kes itu, pihaknya juga sudah menulis kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya Terengganu bagi tujuan tersebut.

Mohd Fadzli berkata anak guamnya yang mengalami trauma teruk sehingga kini dan hanya bergantung kepada ibu bapanya berharap agar mahkamah dapat memberikan sepenuh keadilan kepadanya.

Pada 27 Okt lepas, Hakim VT Singham mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Disember 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Disember 2005.

Ketika memutuskan rayuan Zuki untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Disember 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

Zuki didakwa merogol pelatih program berkenaan antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Februari 2004. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain