suria

Pekerja restoran rugi RM1,300 disamun lelaki Arab

KUALA LUMPUR: Seorang wanita pekerja restoran kerugian RM1,300 apabila disamun dua lelaki Arab yang berpura-pura mahu menghulurkan bantuan di depan sebuah bank di Jalan Ampang di sini, semalam.

Dalam kejadian 2.45 petang itu, mangsa berumur 29 tahun, didatangi dua lelaki itu yang mengetuk pintu kereta wanita itu dan memberitahu wangnya tercicir di luar kereta.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata wanita itu keluar dari kereta dan mengambil wang RM1 yang dikatakan tercicir itu sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Bagaimanapun, katanya pintu kereta mangsa sekali lagi diketuk lelaki Arab berkenaan dan memberitahu masih ada wang yang tercicir.

"Ketika mangsa turun semula untuk mengambil wang yang tercicir itu, salah seorang rakan suspek membuka pintu depan sebelah kiri dan mengambil sampul surat yang mengandungi RM1,300 milik mangsa," katanya.

Kedua-dua suspek yang dalam lingkungan umur 40an terus melarikan diri menaiki kereta honda Accord jenis lama warna hitam meninggalkan mangsa terpinga-pinga. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain