Mahkamah benarkan MB Selangor gantung perintah bayaran - Semasa | mStar

Mahkamah benarkan MB Selangor gantung perintah bayaran

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menggantung satu perintah bagi membayar RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sementara menunggu perbicaraan samannya terhadap bank itu, yang ditetapkan awal Februari tahun depan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan di dalam kamar selepas mendengar penghujahan daripada kedua-dua belah pihak.

Pada 21 Ogos, Abdul Khalid diarahkan oleh mahkamah untuk membayar kepada BIMB bagi satu pinjaman yang diambilnya untuk membeli saham-saham di dalam Guthrie pada 2001 semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu, selepas mahkamah membenarkan permohonan bank itu untuk penghakiman terus.

Abdul Khalid juga merayu ke atas perintah itu di Mahkamah Rayuan tetapi tiada tarikh telah ditetapkan.

Peguam bela Abdul Khalid, Malik Imtiaz Sarwar memberitahu media bahawa beliau telah berhujah bahawa mahkamah perlu membenarkan permohonan penggantungan itu sementara menunggu keputusan penuh perbicaraan saman Abdul Khalid terhadap bank itu kerana ia membabitkan reputasi anak guamnya kerana beliau tidak dapat membayar jumlah wang itu.

Peguam bela bagi bank, N.Ganesan berhujah bahawa perintah itu adalah ke atas penghakiman wang dan bukan mengenai reputasinya.

Abdul Khalid memfailkan saman pada 18 Mei, 2007, dengan mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie di bawah kemudahan pinjaman AlBai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa ada kontrak kolateral antara beliau dan bank itu berhubung kemudahan pinjaman BBA.

Abdul Khalid, yang merupakan CEO Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB, dengan mendakwa bahawa bank itu telah menjual saham-sahamnya dalam Guthrie.

BIMB memfailkan saman balas untuk mendapatkan jumlah wang itu pada 24 Mei 2007, dengan mendakwa bahawa perjanjian AlBai Bithaman Ajil telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Laporan PKFZ dibentang di Parlimen Rabu depan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain