suria

KDN terkhilaf apabila haramkan buku - Peguam SIS

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri melakukan kekhilafan semasa melaksanakan budi bicaranya untuk mengharamkan buku bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" dan tindakannya itu tidak sah, Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Peguam K.Shanmuga yang mewakili pertubuhan Sisters In Islam (SIs) Forum Malaysia sebagai pemohon dalam semakan kehakiman terhadap tindakan pengharaman buku itu oleh Kementerian Dalam Negeri berhujah bahawa perintah itu 'ultra vires' Seksyen 7 Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, dan tidak selari dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.

"Sekalipun jika responden dianggap memiliki bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah itu atas sebabsebab yang diberikan, tindakannya dalam melaksanakan budi bicaranya untuk mengeluarkan perintah itu adalah khilaf, dan boleh diketepikan," katanya.

Ogos lepas mahkamah membenarkan permohonan oleh SIS untuk membuat semakan kehakiman terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan buku yang diterbitkan pada 2005 itu.

SIS yang mahukan supaya pengharaman itu ditarik balik menamakan Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai responden.

Buku itu merupakan susunan esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendekiawan antarabangsa yang disunting oleh ahli sosiologi Prof Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

SIS mendakwa pengharaman buku itu oleh Syed Hamid pada 5 November tahun lepas adalah di luar kuasa Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Shanmuga berkata perintah itu dicemari oleh pencabulan terhadap keadilan kerana tiada peluang diberikan kepada SIS dan tiada sebab diberikan semasa buku itu diharamkan.

"Pengharaman itu jelas bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, sebaliknya sematamata untuk mengelak daripada menghadapi kritikan mengenai cara undangundang islam dan sistem pentadbiran undangundang peribadi Islam dilaksanakan di malaysia dan antarabangsa," katanya.

Kementerian Dalam Negeri diwakili oleh peguam kanan persekutuan Noor Hishamuddin Ismail. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain