suria

Setiausaha Agung PKR letak jawatan?: TIDAK BENAR kata Salehuddin...

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim pada jam 8.32 malam ini mengesahkan bahawa beliau tidak melepaskan jawatannya sebagaimana yang diperkatakan oleh orang-ramai sejak lewat petang tadi.

Dalam SMS ringkasnya kepada soalan wartawan mStar Online, Ariffuddin Ishak, "benarkan Datuk telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti", Salehuddin hanya menjawab ringkas "TIDAK BENAR".

Lewat petang tadi, khabar angin bertiup kencang mengatakan kononnya Salehuddin telah melepaskan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa dasar pucuk pimpinan parti .

Dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali ketika dihubungi mStar Online turut memaklumkan bahawa beliau juga telah mendengar mengenai khabar angin tersebut tetapi tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sebarang surat hitam putih.

"Ya saya turut mendengar kononnya beliau meletakkan jawatan tapi sehingga sekarang saya tidak melihat adanya surat rasmi mengenai peletakan jawatan itu atau dimaklumkan secara rasmi," kata Dr Syed Husin.

Artikel Sebelum

Artikel Lain