suria

Pembantu perubatan direman lima hari lagi

KUALA TERENGGANU: Polis hari ini menyambung tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang pembantu perubatan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pesakit mental lelaki dalam satu kejadian amuk di Wad Psikiatrik di Hospital Hulu Terengganu 20 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Supt K Manoharan berkata pembantu perubatan berusia 28 tahun itu telah ditahan sehari selepas kejadian, selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada hari tersebut.

Beliau berkata dalam kejadian kirakira pukul 1 itu, mangsa yang merupakan seorang pesakit mental berumur 50 tahun, dikatakan tibatiba mengamuk dan bertindak menumbuk muka pembantu perubatan ketika diminta untuk menukarkan baju bagi mendapatkan rawatan lanjut di HSNZ.

Ekoran itu, lima pesakit lain yang turut berada di wad berkenaan cuba meleraikan pergaduhan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh ke lantai lalu pengsan dan dikejarkan ke HSNZ.

"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada 21 Oktober dan laporan bedah siasat pakar forensik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu mendapati pesakit itu meninggal dunia disebabkan retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak," katanya kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain