Mahkamar Rayuan putuskan koroner betul dalam menerima keterangan Sivanesan - Semasa | mStar

Mahkamar Rayuan putuskan koroner betul dalam menerima keterangan Sivanesan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa keterangan seorang saksi, T. Sivanesan, yang mendakwa didera dan diseksa oleh sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), adalah relevan bagi menentukan sebab kematian Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, yang bersidang bersama HakimHakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop menetapkan bahawa ada kaitan antara testimoni Sivanesan dengan kematian Teoh kerana keduadua insiden itu membabitkan entiti yang sama (SPRM) di bangunan yang sama.

"Kami boleh melihat kaitannya, dan ada kecenderungan bahawa SPRM mungkin terlibat, sama ada and auska ataupun tidak, tapi insiden itu telah berlaku di bangunan yang sama, membabitkan entiti yang sama, apa itu semua tidak ada kaitankah?"

"Tujuan inkues ini ialah untuk mencari sebab kematian si mati. Bagi koroner, beliau perlu menyiasat apakah sebab kematian. Bagilah dia (koroner) peluang," kata Hakim Suriyadi ketika menolak rayuan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi menolak untuk memadamkan testimoni Sivanesan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota dewan undangan negeri kawasan Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini pada 16 Julai lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor di pejabat SPRM.

Semasa inkues pada 9 September lepas, Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa laporan polis yang dibuat Sivanesan pada 11 September tahun lepas, yang mendakwa beliau didera dan diseksa oleh para pegawai SPRM, adalah relevan bagi membantu inkues bagi menentukan sebab kematian Teoh.

Beliau kemudian membenarkan Sivanesan untuk memberi keterangan dan menerima laporan polis bersama-sama dengan satu set gambar mengenai kecederaan yang didakwa yang dikemukakan di mahkamah.

Sivanesan, 23, seorang penolong pengurus dengan sebuah syarikat berpangkalan di Kuantan, Puncak Rezeki Makmur Sdn Bhd, memberi keterangan bahawa beliau ditumbuk di seluruh badan manakala dirotan di bahagian kemaluannya dan dibelasah dengan menggunakan besi yang dibalut dengan kertas surat khabar oleh seorang pegawai SPRM yang dikenali sebagai Ashraf.

Tidak berpuashati dengan keputusan koroner, SPRM yang diwakili peguam Datuk Abdul Razak Musa memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi tetapi telah ditolak pada 10 September oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datin Yeoh Wee Siam yang menetapkan bahawa tiada yang tidak sah, tidak betul atau tidak sesuai apabila koroner membenarkan Sivanesan untuk memberi keterangan pada inkues itu.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup, bagi SPRM, dalam usaha kedua untuk menolak keterangan Sivanesan hari ini berhujah bahawa tujuan testimoni Sivanesan adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej SPRM.

Beliau juga berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan dengan berpegang bahawa satu hubungan mungkin wujud antara apa yang berlaku kepada Sivanesan dan apa yang mungkin telah berlaku kepada si mati.

Pada peringkat ini, Hakim Suriyadi mencelah dengan berkata: Idea bahawa testimoni saksi adalah untuk merosakkan imej SPRM adalah hanya pendapat, penilaian dan spekulasi awak.

"Anda perlu tunjukkan kepada kami sama ada terdapat kepenyalahan undang-undang dalam prosedur atau proses dalam membuat keputusan. Adakah terdapat sebarang kesilapan dalam proses?"

Kepada soalan itu, Manoj menjawab:

"Keseluruhan proses adalah betul. Ia hanya keputusan (yang kita sedang cabar)."

"Dalam inkues, peraturan itu tidak akan diikuti sematamata. Kita mesti mempunyai fikiran yang terbuka untuk mencari sebab kematian. Kematian itu telah berlaku di bangunan (SPRM) awak. Di sebelah pihak cuba untuk menunjukkan kecenderungan pembabitan SPRM," kata Hakim Suriyadi.

Mahkamah kemudian menolak rayuan itu tanpa mendengar jawapan peguam bela bagi keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Turut hadir bersama Manoj ialah peguam bela Datuk Abdul Razak Musa bagi SPRM, manakala peguam bela Malik Imtiaz Sarwar bertindak bagi kerajaan negeri Selangor. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa