suria

Tiga lelaki terlepas daripada hukuman gantung

PUTRAJAYA: Tiga lelaki terlepas dari hukuman gantung bila Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan rayuan mereka dalam dua kes berasingan mengedar kanabis.

Hakim-hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Ma'arop mengurangkan tuduhan dari mengedar kepada memiliki dadah dan menjatuhkan hukuman penjara dan sebat.

Dalam kes pertama, juru elektrik Haszaidi Hassan, 30, dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 1.364 kg kanabis di KM 259.4 Lebuhraya Utara Selatan pada 4.20 ptg 22 Okt, 1999.

Dalam kes kedua, peniaga Samsudin Hasan, 38, dan peniaga Mohamad Khair Yusof, 33, masing-masing dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan kerana memilik 9.678 kg kanabis di Kawasan Rehat Gunong Semanggol, KM 194.8 Lebuhraya Utara Selatan pada 10 mlm 26 Mac, 1999.

Haszaidi disabitkan kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada 7 Feb, 2002 sementara dua yang lain disabitkan kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 4 April, 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Lain