suria

Seorang pengembara rakyat Malaysia dijumpai mati di India

UTTRANCHAL: Seorang rakyat Malaysia yang sedang dalam lawatan kerohanian, yang hilang di kawasan pergunungan di India utara lebih sebulan lalu, dijumpai mati oleh pasukan penyelamat India pada malam Sabtu.

Mayat Vicknesvaren Murugesu djumpai di kawasan berbukit bukau Topavan, kira-kira 25km dari rumah rehatnya di Gangotri, sebuah kawasan kerohanian yang terkenal di selatan negara Uttranchal.

Vicknesvaren, seorang jurutera berumur 33 tahun tiba di Gangotri pada 18 Sept dan mengembara ke Topavan dengan seorang porter tempatan.

Beliau dijadual pulang ke rumah rehatnya kirakira dua minggu kemudian tetapi tidak muncul-muncul.

Beliau dipercayai mati akibat kecederaan parah di kepala. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain