Makamah membebaskan jurulatih PLKN dari sabitan kes rogol - Semasa | mStar

Makamah membebaskan jurulatih PLKN dari sabitan kes rogol

SEBAIK mendengar keputusan itu, Zuki dilihat tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sambil meraup kedua-dua tangan ke muka tanda syukur.

Hakim Singham dalam penghakimannya berkata setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.

"Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Feb 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004.

Tidak ada penjelasan munasabah dari pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa," katanya.

Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.

"Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja," katanya.

Katanya kredibiliti pengadu boleh diragui di mana perbuatan pengadu membuang seluar dalam yang didakwa dipakai pada hari kejadian rogol didakwa berlaku, keterangan pengadu yang sebaliknya menyalahkan pegawai kem yang didakwa menghalang beliau membuat laporan polis dan keterangan bahawa dia dipaksa melakukan hubungan seks dalam kereta kancil adalah tidak konsisten.

"Jika dipaksa (melakukan hubungan seks) dalam kereta kecil (kancil) dan juga mendakwa ditampar beberapa kali dan pengadu memberitahu bergelut untuk mengelak dirogol, tentu ada kesan bengkak atau calar pada badan, bagaimanapun faktor ini tidak diambil kira oleh Hakim Mahkamah Sesyen," katanya.

Malah, untuk memastikan cerita pengadu dirogol benar, pegawai di Kem PLKN Merang Suria Holiday, Setiu telah mengambil tindakan membuat ujian kehamilan terhadap pengadu tanpa pengetahuannya.

"Ketika dipanggil bersemuka dengan tertuduh, pegawai atasan kem dan seorang pembantu perubatan, pengadu masih lagi enggan membuat laporan polis walaupun tertuduh mencabar beliau berbuat demikian dan tertuduh sendiri sanggup menjalani ujian perubatan dan perkara itu dibawa kepada pihak polis," katanya.

Pengadu juga melakukan beberapa pembohongan seperti mendakwa mempunyai doktor peribadi, keluarga memiliki hotel dan restoran, ada keluarga angkat dari kerabat diraja Brunei, telah membawa ketidak boleh kepercayaan kepada pengadu sendiri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain