suria

Pelan Perpaduan MCA perlu beri faedah kepada semua anggota parti

KUALA LUMPUR: Pelan Perpaduan MCA yang dirangka bagi menyelesaikan pergeseran di antara Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek harus dapat memberi faedah kepada anggota parti di semua peringkat.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pelan itu harus mengutamakan semua pihak dari peringkat atasan hingga ke akar umbi dan bukannya memberi kelebihan kepada individu tertentu sahaja.

"Perpaduan di semua peringkat dan bukan hanya membabitkan seorang atau dua individu sahaja tetapi semua peringkat, semua anggota parti tidak harus terkecuali dalam pelan ini.

"Perasaan peribadi tidak penting," kata Wee semasa diminta mengulas mengenai pelan perpaduan itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya beliau mengetahui mengenai pelan tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMs) kerana ketika itu beliau mengetuai delegasi negara ke Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU) di Geneva. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain