suria

Bayi lelaki baru lahir dibuang di pondok bas sekolah

KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditinggalkan di sebuah pondok bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2 dekat Maran semalam.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu dijumpai orang ramai kira-kira pukul 8.20 pagi dalam keadaan berselimut dengan tuala dan dihantar ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabuddin berkata ketika ditemui, tali pusat, bayi yang berada dalam keadaan kesejukan itu, belum dipotong dan hanya diikat dengan gelang getah.

"Siasatan awal mendapati bayi berkenaan dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di pondok bas berkenaan untuk menarik perhatian orang ramai supaya menyelamatkan bayi itu," katanya.

Ahmad Johari berkata pihaknya belum dapat mengenal pasti bangsa bayi yang cukup sifat itu. BERNAMA

Artikel Lain