suria

Tindakan pantas suri rumah, elak ditipu penculik

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang suri rumah menghantar SMS kepada kakaknya bagi memastikan anak perempuannya selamat di sekolah, mengelakkannya daripada ditipu lelaki yang mendakwa menculik anaknya dan meminta wang tebusan.

Wanita berusia 37 tahun itu berkata beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali pada 10.30 pagi semalam yang mendakwa anak bongsunya berusia 10 tahun itu diculik ketika di sekolah di Seri Kembangan dekat sini dan meminta wang tebusan sebanyak RM30,000.

"Saya bagi tahu lelaki itu yang saya hanya ada RM3,000 dan lelaki itu memberitahu wang itu tidak mencukupi kerana mereka ada empat orang, lalu mengarahkan saya supaya mendapatkan wang selebihnya segera kerana nasib anak saya berada dalam tangan mereka.

"Pada masa yang sama saya terdengar suara kanakkanak perempuan menangis. Ketika dibenar bercakap dengan kanak-kanak itu, dia (kanakkanak itu) kata dia berasa amat takut kerana keduadua belah tangannya diikat," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata ketika becakap dengan lelaki itu, yang tidak membenarkannya menghentikan perbualan telefon kerana khuatir wanita itu menghubungi polis, beliau menggunakan satu lagi telefon bimbitnya untuk menghantar SMS meminta kakaknya memeriksa keselamatan anak perempuannya di sekolah. BERNAMA

Artikel Lain