suria

Suburkan semangat bersedia terima perbezaan - Rosmah

DUBAI: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mahu sifat kemesraan, keharmonian dan semangat bersedia menerima perbezaan sentiasa segar di jiwa rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Menurut isteri Perdana Menteri, kemajmukan masyarakat di Malaysia merupakan tiang bagi menyokong perpaduan yang penting ke arah menegakkan keamanan dan kemakmuran negara. "Kita harus akui terdapat golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk meniup api perkauman.

"Bagi menghakis prasangka negatif ini, elemenelemen keunikan masyarakat majmuk kita, seperti meraikan perayaan secara bersama, perlu dijadikan aset untuk memantapkan lagi perpaduan yang sedia terjalin," kata beliau.

Rosmah berkata demikian pada majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali bersama lebih 200 warga Malaysia yang dianjurkan sempena kunjungan beliau ke Dubai bagi menghadiri Forum Kepimpinan Wanita yang bermula esok.

Merujuk tradisi rumah terbuka yang diamalkan di Malaysia, Rosmah yang tiba di Dubai awal hari ini, berkata budaya kunjungmengunjung perlu dilihat sebagai platform bagi menghubung dan merapatkan tali persaudaraan serta perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

"Budaya sebegini juga dapat menyerlahkan semangat 1Malaysia sebagaimana yang diutarakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Rosmah.

Majlis diserikan dengan tarian dan nyanyian oleh kanakkanak Malaysia serta persembahan "Dikir Puteri" yang menarik perhatian hadirin yang memenuhi dewan bankuasi sebuah hotel tempat berlangsungnya majlis hari ini.

Rosmah juga mengambil kesempatan untuk bermesra dengan warga Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan bersalaman dan bergambar bersama mereka.

Terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia di UAE, termasuk 3,500 di Dubai, yang ratarata terdiri daripada golongan profesional seperti jurutera, arkitek, juruterbang, pereka dalaman, juruperunding, chef dan ahli perbankan.

Rosmah gembira kerana walaupun berlainan agama dan bangsa, rakyat Malaysia mampu merayakan keduadua perayaan Aidilfitri serta Deepavali dalam suasana muhibbah dan kemesraan baik di tanah air mahupun di perantauan.

"Keunikan masyarakat majmuk kita ini perlu dijadikan aset bagi menyahut harapan Perdana Menteri ke arah 1Malaysia, 1Negara, 1Bangsa dan 1Wawasan," tegas beliau.

Beliau turut melahirkan harapan supaya warga Malaysia di perantauan sentiasa menjaga nama baik negara ke arah mengekalkan imej baik negara Asia Tenggara itu.

Dalam pada itu, Rosmah menggesa rakyat Malaysia di perantauan untuk pulang berkhidmat di tanah air selepas menimba pengalaman dan membuktikan kepakaran di luar negara.

Beliau berkata mereka perlu bersamasama memberikan sumbangan dalam usaha memajukan negara. BERNAMA

Artikel Lain