suria

Polis temui kanak-kanak dipercayai mangsa culik dan rogol

KLANG: Polis menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam keadaan 'keliru' selepas dipercayai diculik serta dirogol di Jalan Meru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata budak perempuan itu menyatakan dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya dan hanya menyedari dia berada dalam sebuah van bersama seorang lelaki.

Kanak-kanak itu dipercayai sedang berjalan dengan seorang sepupunya untuk ke kedai berdekatan rumah mereka di Sungai Pinang di sini malam tadi apabila dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal.

"Lelaki terbabit mengumpan wang RM5 bagi memujuk mangsa mengikutnya. Kami menerima laporan daripada bapa mangsa kira-kira pukul 9 malam dan menghebahkan kehilangannya kepada anggota bertugas di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata sebaik menemui buak itu, polis terus membawa beliau bertemu keluarganya di Balai Polis Meru di sini.

Beliau berkata pada mulanya kes itu diklasifikasikan sebagai kes culik tetapi kemudian menjadi kes culik dan rogol selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan.

"Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini pagi tadi dan pemeriksaan awal menunjukkan dia telah dirogol," katanya.

Mohamad berkata kanak-kanak berkenaan masih dirawat di HTAR dan dia belum mampu memastikan identiti lelaki yang menculiknya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain