suria

Penganggur warga Sudan didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun

PUTRAJAYA: Seorang penganggur warga Sudan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun di sebuah kondominium minggu lepas.

Mohannad Taha Ismail, 24, dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara 7.30 malam dan 8.30 malam 12 Okt.

Ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris, Mohannad Taha, tiada pengakuan direkodkan daripadanya yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Faisal Noor Hadi menetapkan 6 Jan untuk mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul' Ain Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain