suria

Najib buat tinjauan terakhir persiapan bajet 2010

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan operasi persiapan terakhir Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini, malam tadi.

Dalam tinjauan selama 30 minit itu, beliau sempat meluangkan masa meneliti buku Bajet 1971 yang dibentangkan oleh ayahandanya Tun Razak Hussein Onn ketika Allahyarham menjadi Perdana Menteri kedua negara.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Ahmad Aziz Wan Abdullah dan Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Sidek Hassan.

Ini merupakan bajet sulung Najib, yang memegang tampuk kepimpinan negara April tahun ini.

Beliau dijadual membentangkan Bajet 2010 di Parlimen pada pukul 4 petang ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain