suria

Kerajaan mudahkan pemberian Taraf Permastautin Tetap

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan mempermudahkan pelaksanaan program pemberiaan Taraf Permastautin Tetap (PR).

Bagaimanapun program itu ditawarkan kepada individu berbakat dan berkemahiran tinggi bagi mempercepatkan pemindahan teknologi dan proses tranformasi.

“Ahli keluarga ekspatariat yang masih berada di bawah tanggungan akan diberi visa secara automatik dalam tempoh 14 hari sahaja.

“Dengan itu juga, PR akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia seperti mana yang diberikan kepada wanita warga asing,” katanya dalam pengumuman Bajet 2010 di bangunan Parlimen di sini pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain