suria

Ibrahim Ali buat laporan polis terhadap Majlis Peguam

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali semalam membuat laporan polis berhubung borang kaji selidik yang dikeluarkan Majlis Peguam yang bertujuan menilai hakim-hakim di Malaysia.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Travers petang ini bagi meminta polis menjalankan siasatan segera kerana borang kaji selidik itu dikatakan boleh mempengaruhi soal pelantikan hakim.

"Borang kaji selidik yang dikeluarkan melalui web www.malaysianbar.org.my seolah-olah memberi peluang kepada orang awam membuat penilaian terhadap hakim-hakim di negara ini," katanya kepada pemberita semalam.

Katanya borang kaji selidik itu yang bertajuk "Survey Form For Feedback On Judiciary" dikeluarkan laman web terbabit pada 25 Ogos dan 28 September lepas.

"Cara begini adalah salah kerana ia boleh mencemarkan nama baik (kehakiman) dan ia juga bertentangan dengan undang-undang negara sebab kita tidak boleh menyentuh tentang kedudukan hakim-hakim di negara ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain